|
Statistik Ahli |
| Stats Ahli |
| Ahli Terbaru |
Farisha1998 |
|
|
Random Quran Verse |
Displaying: Srh. An-Najm (53) Ayat 55 | ÝóÈöÃóíøö ÂáóÇÁ ÑóÈøößó ÊóÊóãóÇÑóì | 53.55 . Concerning which then , of the bounties of thy Lord , canst thou dispute?
[ Srh. An-Najm : 55 ] | |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Friday, 22 January 2010 |
|
Adik-adik! Pada minggu lepas, beberapa orang penulis KarnaDya termasuklah Mersik Romoyu telah menghadirkan diri untuk penggambaran rancangan Kids On 2 yang akan disiarkan tidak lama lagi. Beberapa orang penulis KarnaDya yang lain juga akan menjalankan penggambaran untuk rancangan tersebut dalam masa terdekat ini. Pastikan adik-adik sentiasa menyaksikan rancangan Kids On 2 di TV2 yang disiarkan pada setiap hujung minggu pada jam 7.30-10.30 pagi.
Pihak KarnaDya juga sedang dalam proses mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pengacara dalam rancangan Kids On 2 tersebut. Kepada adik-adik yang berminat, sila daftarkan diri sebagai ahli KarnaDya untuk menyertai pertandingan ini dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.
Penulis Mersik Romoyu bersama pengacara Kids On 2 semasa penggambaran dilakukan
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 24 January 2010 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Friday, 29 January 2010 |
NOVEL CHICK-LIT (RED DRESS INK)
YANG MANA SATU?
-Wendy Markham-
Sinopsis:
Ada dua pantang
larang yang kami biasa amalkan apabila pejabat mengadakan pesta.
Satu, jangan
mengada-ngada nak pakai pakaian yang mencolok mata.
Dua pula, jangan
nak menonjolkan diri dan lupa daratan, takut tersangkut dengan kawan serumah
bos sendiri.
Malangnya, aku
tidak pula mengikut tip yang diberikan ini dan kerana itulah aku sedang jatuh cinta
dengan Jack! Tapi… apa akan terjadi kalau aku terserempak pula dengan bosku
dalam keadaan yang tak sepatutnya? Bukankah aku sedang berazam untuk dinaikkan
pangkat?
Sekarang ini
pula, dengan tiba-tiba sahaja pakwe lama aku hendak aku balik. Sudah itu, mamat
yang aku pernah suka dulu pun sedang mengurat aku semula. Aduhai… tiga bulan
yang dulu, seorang pun tak ada yang berdampingan denganku, tetapi sekarang dah
ada sampai tiga sekali! Peningnya.
NOVEL REMAJA DEWASA
BAGAIKAN MIMPI: SRIKANDI CINTAKU
-Hasif Hamsyari-
Sinopsis:
Kepulangan yang disangkanya dinantikan rupa-rupanya satu tragedi yang cukup mengerikan. Kepulangan Dewa Sangkawala diramal akan membawa malapetaka dan bakal membunuh sang ayahanda. Justeru, Mahadewi Andika menggesa para tenteranya untuk memburu Dewa Sangkawala walaupun baginda sedar bahawa yang diburunya itu adalah anakandanya.
Dalam perburuan itu, Dewa Sangkawala dan adinda angkatnya, Sri Terawi telah terdampar ke Kayangan Nilam Sari iaitu kerajaan musuh Kayangan Sanggar Mustika. Sekali lagi mereka berdua menjadi buruan hingga akhirnya mencetuskan satu peperangan.
Dendam lama yang marak bernyala menghidupkan kembali satu kisah silam nan hitam. Seorang demi seorang terkorban hingga ke titik noktah peperangan. Dewa Sangkawala masih tetap dilanda kebingungan.
Srikandi Cintaku... permulaan kepada sebuah pengakhiran. Permulaan kepada satu peperangan. Permulaan kepada satu pencarian dan permulaan kepada dendam yang tidak pernah berkesudahan.
NOVEL AWAL REMAJA
CIK HIDUNG TINGGI
-Zamri Bahal-
Sinopsis:
Tiga orang pengawas sekolah sentiasa menjalankan tugas
mereka dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Bagi Shah, Lim dan Ravi,
itulah tugas mereka setiap hari di sekolah. Namun tugas mereka menghadapi cabaran dengan kedatangan
Juriah di sekolah mereka. Juriah sering melanggar peraturan sekolah dan kerana
dendam juga, Juriah sanggup membuat fitnah ke atas Shah dan Lizawati yang juga
merupakan pengawas di sekolahnya.
Mengapa
Juriah bertindak demikian dan apakah kesudahan kisah antara Juriah dan rakan-rakan
sekolahnya ini? Apakah akan berlaku keinsafan di hati Juriah? Ikutilah kisah
yang dialami mereka yang tidak akan dilupakan.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 January 2010 )
|
|
Sudah berada di kedai-kedai buku |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Monday, 28 December 2009 |
NOVEL
Kini Aina Emir kembali lagi dengan sebuah novel baru. Dapatkan buku ini yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
TERBANGLAH SAYANG
-Aina Emir-
Sinopsis:
Best Friends Forever (BFF)… merupakan
ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu
berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya
Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka
selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.
Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah
trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing
berentap untuk berada di depan.
Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi,
menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan
kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah
Inaz mencari apa yang diimpikan?
Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak,
sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan.
Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.
Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin
juga pembelot?
Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung
legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.
Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang
mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang
dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah
agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri,
yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?
Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan?
Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang
bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.
NOVEL CHICK-LIT (RED DRESS INK)
TEKA-TEKI BUATKU
-Jennifer Sturman-
Sinopsis:
Biasanya, apabila semuanya kelihatan
okey… itu tandanya sesuatu yang tak elok akan terjadi kepadanya!
Sekalipun kehidupan Rachel Benjamin nampak macam menarik, tetapi sebenarnya
indah khabar dari rupa. Realitinya, dia terpaksa bekerja keras hingga lewat malam,
terpaksa selalu membatalkan perancangan hujung minggu dan terpaksa pula tidur
di merata-rata hotel kecil di luar bandar yang kalau ikutkan hatinya, tak ingin
dia lakukan. Namun apakan daya, itulah yang sering diamalkan oleh pejabat
tempat kerjanya.
Kebetulan, minggu itu akan membawa Rachel ke Boston atas urusan kerjanya dan
dia juga bercadang untuk menghabiskan masa bersama teman lelaki barunya yang
nampak seperti sangat ‘ngam’ dengannya. Semua yang diaturkan itu indah belaka
dan Rachel tak mahu fikirkan apa-apa yang tak elok, yang mungkin akan terjadi
kepada perancangannya itu. Pun begitu, timbul pula masalah. Teman baiknya telah dikacau orang dan
kemungkinan besar ada kaitan dengan pembunuhan bersiri yang sedang kecoh
diperkatakan.
Teman lelakinya pula? Aduhai… malang sungguh! Dengar ceritanya, dia sedang
kalut dengan seorang rakan kerja yang tampak seperti seorang model!
Terpaksalah Rachel sibukkan diri untuk mencari jawapan kepada teka-teki yang
sedang bergelumang di sekelilingnya!
NOVEL AWAL REMAJA
DOL LEMAN: MISTERI KELIBAT TERBANG
-Mersik Romoyu-
Sinopsis:
Perkhemahan
Dol, Suppa dan Ku Chai pada suatu malam yang disertai hujan lebat telah
diganggu oleh makhluk hutan yang tidak diketahui asal usulnya. Keesokan
harinya, Kampung Parit Sangap gempar dengan kisah seekor anjing serigala yang
terlepas dari jagaan pusat kurungan.
Tidak lama kemudian, segala-galanya
menjadi reda apabila anjing serigala tersebut telah berjaya ditangkap semula dan
dikurung dengan ketat. Penduduk kampung kembali lega dan aktiviti mereka
diteruskan seperti biasa. Namun ketenangan mereka tidak bertahan
lama. Ada misteri lain pula yang muncul!
Beberapa siri gangguan yang sungguh menakutkan
menyebabkan Pak Dolloh jadi pening kepala. Saban hari, warung Marpunah dikemaskini
dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh setiap penduduk. Ada kisah binatang
yang mencakar, kisah kucing jadian, kisah makhluk hutan yang terbang serta
macam-macam lagi kisahnya. Dan, kebanyakan misterinya berlaku tatkala matahari
terbenam.
Jadi, apakah sebenarnya yang
mengganggu para penduduk Kampung Parit Sangap?
Adakah kesemua kejadian-kejadian
misteri itu berkaitan antara satu sama lain?
INSPIRASI
PEREMPUAN, JUTAWAN DAN...
-Anaz Amira-
Sinopsis:
Nak berkenalan?
“Pak cik nak berkenalan dengan saya? Kenapa, pak cik? Apa yang istimewanya
saya?” Aku mengukir senyuman sekadar ingin menghormati seorang yang lebih tua.
Tapi jika lelaki di hadapanku ini cuba hendak tunjuk gatal dan biang keladinya,
sudah tentu aku akan bertindak kerana menurut pesanan ibu… jagalah maruah dan
harga diri kerana tanpa maruah, siapalah kita dan sia-sialah hidup kita. Lelaki
berkenaan membalas senyumanku dengan seulas senyuman yang cukup manis.
"Perempuan, Jutawan dan..." adalah kompilasi empat kisah ringkas
berbentuk satira yang menyeronokkan dan memberikan kesan kepada jiwa. Mari
hayati kisah Nusaibah dengan impiannya, si X dengan pencarian cinta sejatinya,
Puntianak yang kalut mencari kerja dan Toyol yang ingin berubah menjadi makhluk
yang berguna kepada dunia. Anda pasti dapat merasai hakikatnya!
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 January 2010 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Tuesday, 24 November 2009 |
NOVEL
Pulut Sakura Serunding Kasih
-Leyla Shuri-
Sinopsis:
Novel
ini menceritakan krisis kekeluargaan, pertembungan tradisi Timur dengan
unsur-unsur Barat, serta generasi muda di tengah-tengah kemelut kehidupan.
Rafique, pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan
penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori
itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula
dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan,
membasuh saki-baki kenangan yang masih
merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.
Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa
terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu?
Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya
masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan
serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel
ini.
MY HONEY, HANI
-Fathi Ramli-
Sinopsis:
“Kamu
tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk
bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan
mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.
“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa
adanya?” soal Hani.
Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang
bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian
antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan
mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?
Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti
saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka
Yogyakarta yang menawan itu.
NOVEL AWAL REMAJA
KASIH SAHABAT
-Alias Derais-
Sinopsis:
Persahabatan di antara Amir, Kumar dan Toh Seng sudah lama terjalin. Lebih-lebih lagi mereka berada di dalam kelas yang sama. Walaupun latar belakang keluarga masing-masing sangat berbeza, itu tidak menjadi halangan persahabatan tiga serangkai ini bertaut erat.
Pelbagai cabaran yang mereka hadapi terutama apabila peperiksaan semakin dekat. Terutamanya, Amir yang terpaksa membantu ibunya di pasar malam. Dia juga terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar perempuan yang meminatinya. Mujurlah ada sahabat yang selalu ada untuk membantu dalam susah dan senang. Sebuah kisah tentang persahabatan yang boleh dijadikan contoh.
RIWAYAT KAMI
-Ellise Gee-
Sinopsis:
Sang Ayam Hutan, Sang Kijang, Sang Gajah, Sang Kancil, Sang Kera dan Sang
Rusa hidup dengan aman dan damai di sebuah kepulauan Borneo. Kehadiran
Pemburu I yang dikenali sebagai Jang telah memusnahkan kebahagiaan mereka. Mereka diburu sehinggalah hanya sepertiga
daripada jumlah populasi yang tinggal. Berjayakah pendekatan proaktif yang
diambil pihak kerajaan yang prihatin dan bertanggunjawab mengawal kepupusan
mereka?
HATI EMAS
-Dewi Sukma-
Sinopsis:
Tiba-tiba sahaja Syamel (Amel) si kaki bangku teringin menjadi bintang bola
sepak kampung seperti abang-abangnya, Syahir dan Syafiq. Namun, malang tidak
berbau - impiannya terkubur setelah dilanggar oleh lori pasir. Kini, dirinya
sudah tidak sempurna lagi malah lagaknya tidak ubah seperti budak-budak kecil
sahaja.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga - Syahir terpaksa berkorban demi
keluarga. Atas desakan emosi, Syafiq pula terjebak dengan jenayah. Ibu mereka,
Mak Cik Habsah mencari alternatif lain setelah bergelar ibu tunggal tanpa
mengharapkan ihsan daripada sesiapa.
Damia dan papanya, Profesor Marzuki dengan secara tidak langsung telah
terbabit sama dalam kemelut yang melanda. Damia membenci Firdaus, budak kampung
yang suka berlagak hero. Dia juga menjadi penyebab kepada kecacatan Amel.
Berjayakah mereka harungi kehidupan yang kian mencabar? Ikutilah rentetan
kisah hidup mereka yang tentunya terselit sketsa lucu yang mencuit hati. Tak
sabar rasanya nak tengok Amel pulih semula, kan?
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 28 December 2009 )
|
| | << Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
| | Keputusan 1 - 5 terhadap 96 |
|
|
|
|
Kalendar KarnaDya |
 |
February 2010 |
 |
|
|
|