|
Statistik Ahli |
| Stats Ahli |
| Ahli Terbaru |
nur aaina... |
|
|
Random Quran Verse |
Displaying: Srh. Al-Kahf (18) Ayat 22 | ÓóíóÞõæáõæäó ËóáóÇËóÉñ
ÑøóÇÈöÚõåõãú ßóáúÈõåõãú æóíóÞõæáõæäó ÎóãúÓóÉñ ÓóÇÏöÓõåõãú ßóáúÈõåõãú ÑóÌúãÇð
ÈöÇáúÛóíúÈö æóíóÞõæáõæäó ÓóÈúÚóÉñ æóËóÇãöäõåõãú ßóáúÈõåõãú Þõá ÑøóÈøöí ÃóÚúáóãõ
ÈöÚöÏøóÊöåöã ãøóÇ íóÚúáóãõåõãú ÅöáøóÇ Þóáöíáñ ÝóáóÇ ÊõãóÇÑö Ýöíåöãú ÅöáøóÇ ãöÑóÇÁ ÙóÇåöÑÇð
æóáóÇ ÊóÓúÊóÝúÊö Ýöíåöã ãøöäúåõãú ÃóÍóÏÇð | 18.22 . ( Some ) will say : They were three , their dog the fourth , and ( some ) say : Five , their dog the sixth , guessing at random ; and ( some ) say : Seven , and their dog the eighth . Say ( O Muhammad ) : My Lord is best aware of their number . None knoweth them save a few . So contend not concerning them except with an outward contending , and ask not any of them to pronounce concerning them .
[ Srh. Al-Kahf : 22 ] | |
|
|
|
|
Pengumuman: KarnaDya berpindah |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Monday, 28 June 2010 |
|
Salam, kepada semua warga KarnaDya. Untuk pengetahuan semua, pihak KarnaDya sudah berpindah ke pejabat baru di Bandar Bukit Puchong. Berkuat kuasa hari Isnin, 5 Julai 2010, sebarang surat-menyurat bolehlah dihantar ke alamat berikut:
KarnaDya Solutions Sdn Bhd
12A, Jalan BP 6/6,
Bukit Puchong Commercial Centre,
47100, Puchong, Selangor
No. Tel: 03-8068 4763
No. Fax: 03-8068 5814
Pihak kami ingin memohon maaf seandainya terdapat kesulitan sepanjang tempoh perpindahan ini. Sekian, terima kasih.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 05 July 2010 )
|
|
KarnaDya Online Store - Promosi Bulan Kemerdekaan |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Tuesday, 20 July 2010 |
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun hebat untuk semua buku KarnaDya. Hanya di KarnaDya Online Store !
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 30 July 2010 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Friday, 02 July 2010 |
Kompilasi tiga buah novel ‘best seller’ yang mampu menggemparkan pembaca semua.
Eksklusif hanya di
SESUCI CINTA
SEHARUM KASIH
SETULUS JANJI
-Aina Emir-
Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?
Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?
Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?
Kompilasi ini wajib dimiliki anda yang gemar membaca novel romantis. Anda boleh mendapatkan kompilasi ini eksklusif di semua cawangan kedai buku Popular tidak lama lagi pada harga yang cukup istimewa. Turut disertakan ialah penanda buku istimewa dalam setiap kompilasi eksklusif ini.
NOVEL CHICK-LIT (Red Dress Ink)
KINI AKU BEBAS!
-Laura Caldwell-
Sinopsis:
Tiba-tiba sahaja Kelly McGraw, seorang wanita yang berasal dari kota Chicago, hilang ingatan bagi tempoh lima bulan terakhir hidupnya. Sebenarnya, itulah tempoh di mana dia telah ditinggalkan bakal tunangnya dan tanpa diduga, syarikat yang berjanji untuk jadikan dia rakan kongsi, telah tamatkan perkhidmatannya!
Dalam kekeliruan itulah, Kelly rasa teruja kerana tiba-tiba dirinya mendapat kebebasan dan dia mampu lakukan apa sahaja yang dia mahu. Buat apa sahaja, pergi ke mana-mana dan jadi apa-apa yang menjadi pilihannya.
Tetapi malangnya, Kelly tak tahu apa sebenarnya yang dia mahukan!
Jom kita ikuti Kelly dalam perjalanannya untuk mencari sebab mengapa dia hilang ingatan. Dalam perjalanan ini kita akan ditemukan dengan seorang juru foto nakal yang berasal dari Britain. Juga melihat photo shoot di kepulauan Caribbean, seraya ditemukan dengan bekas teman lelaki Kelly yang kini teringin untuk kembali semula dalam hidupnya. Seterusnya, kita akan bertemu dengan suatu kejadian yang akan membuat Kelly fikirkan tentang kehidupannya yang lepas dan hidupnya yang baru ini.
NOVEL REMAJA DEWASA
SETITIK AIR DI HUJUNG KAIL
-Shazly MF-
Sinopsis:
Wani, seorang kanak-kanak malang yang lahir tanpa ayah dan kurang diberi perhatian oleh ibunya yang begitu tekun bekerja. Pertemuannya dengan Cik Yan telah membuka satu lembaran baru baginya yang ketika itu dahagakan kasih seorang ayah dan secara tak langsung telah mendedahkannya kepada satu hobi yang dianggap sia-sia bagi sesetengah orang, termasuklah ibunya sendiri iaitu memancing. Namun tanpa diduga oleh sesiapa, hobi itu menjadi satu ikatan yang kukuh antara kedua-duanya.
Tetapi sayang, di kemuncak kemesraannya dengan Cik Yan, mereka terpaksa berpisah, dan Wani dipaksa untuk melupakannya atas satu dorongan halus yang menghasut ibunya agar berbuat demikian.
Mengapa Wani harus melupakan Cik Yan yang telah mengisi ruangan kosong dalam dirinya? Apa pula yang mendorong ibunya untuk memusuhi Cik Yan? Sebahagian dari persoalan kerap bermain di kotak fikirannya dan bertahun-tahun menghantuinya. Hanya pada ibunya sahaja tersimpan akan jawapannya. Namun akhirnya si ibu terpaksa pergi dijemput Ilahi meninggalkan Wani sendirian yang bergelut dalam kegelapan.
Tinggal bersama bapa saudaranya, Pak Cik Mansor, perlahan-lahan telah memberikan sinaran dalam hidupnya. Dan Wani akhirnya memperolehi kebahagiaan yang tidak pernah diidamkannya sehingga memori silamnya semakin terhapus. Namun ibarat ikatan yang bertaut kukuh, persoalan-persoalan lama kembali menagih jawapan memaksa Wani keluar berlayar ke tengah lautan masyarakat yang dipenuhi pelbagai ragam dan kisah.
Dengan hanya berbekalkan secebis memori dan sebiji gewang usang, berjayakah Wani memburu jawapan kepada segala persoalan yang menghantuinya?
NOVEL AWAL REMAJA
AWANG KENIT: PENCARIAN HAIWAN KESAYANGAN
-Aqmaer Halim-
Sinopsis:
“Nanti kalau kau cepat besar, aku boleh naik atas kau Badang. Nanti kau boleh bawa aku pergi ke mana-mana,” kata Awang lagi sambil menyua rumput ke arah mulut Badang, lembu kesayangannya itu.
“Hei Awang, kau nak suruh aku gemuk ke makan banyak-banyak?”
Terkejut beruk Awang dibuatnya, terus sahaja dia melempar rumput-rumput di tangannya lalu dia berlari naik ke dalam rumah. Lembunya boleh bercakap? Adakah Awang bermimpi?
Tidak! Awang Kenit tidak bermimpi, memang Badang boleh bercakap. Seronoknya dia, sekarang dia sudah ada kawan. Hidupnya tidak akan sunyi sepi lagi.
Tapi tiba-tiba sahaja Badang telah hilang. Justeru, Awang Kenit terpaksa mengembara untuk menjejaki lembunya. Mujurlah dia dibantu oleh hidupan lain seperti burung puyuh dan rakit. Dengan tubuh yang kerdil dan berkat kerjasama dengan rakan-rakannya, adakah Awang akan berjaya menyelamatkan lembu kesayangannya?
Untuk mengetahui kisah pengembaraan Awang yang mencabar ini, sama ada Awang berjaya atau tidak, marilah kita telusuri bersama-sama novel pengembaraan yang sungguh menyeronokkan ini!
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 20 July 2010 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Monday, 31 May 2010 |
Eksklusif hanya di
Sempena siaran drama Kau Laksana Bulan yang sedang ditayangkan di TV2, edisi khas novel Kau Laksana Bulan boleh didapati di semua cawangan kedai buku POPULAR seluruh Malaysia. Kepada yang masih belum mendapatkan novel karya Aina Emir ini, dapatkanlah edisi istimewa ini hanya di kedai buku POPULAR yang berhampiran dengan anda.
Salam kepada semua warga KD. Untuk pengetahuan anda semua, drama Kau Laksana Bulan yang telah diadaptasi dari novel penulis Aina Emir (juga bertajuk Kau Laksana Bulan) akan ditayangkan di TV2, setiap Isnin jam 8.30 malam bermula pada 31 Mei 2010. Marilah kita ramai-ramai menyaksikan drama lakonan Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Fizo Omar, Ashraf Muslim dan ramai lagi! Tengok jangan tak tengok!
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 13 July 2010 )
|
| | << Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
| | Keputusan 1 - 5 terhadap 103 |
|
|
|
|