Laman Utama
Daftar Masuk
Main Menu
Laman Utama
Apa itu KarnaDya?
Senarai Buku
Blog Penulis
Soalan Lazim
Hantar Karya Anda
Katalog & Langganan
Peluang Pekerjaan
Profil Syarikat
Khidmat Video Korporat
Khidmat Latihan dan Kursus
Hubungi Kami
ads.gif
Statistik Ahli
 Siapa Online
  Ahli Karn...  2,830
  Pelawat  1,823,619


Stats Ahli
Ahli Terbaru  Farisha1998
Random Quran Verse
Displaying:
Srh. Al-An'am (6)
Ayat 108
 Listen to this ayat (verse)  æóáÇó ÊóÓõÈøõæÇú ÇáøóÐöíäó íóÏúÚõæäó ãöä Ïõæäö Çááøåö ÝóíóÓõÈøõæÇú Çááøåó ÚóÏúæÇð ÈöÛóíúÑö Úöáúãò ßóÐóáößó ÒóíøóäøóÇ áößõáøö ÃõãøóÉò Úóãóáóåõãú Ëõãøó Åöáóì ÑóÈøöåöã ãøóÑúÌöÚõåõãú ÝóíõäóÈøöÆõåõã ÈöãóÇ ßóÇäõæÇú íóÚúãóáõæäó
6.108 . Revile not those unto whom they pray beside Allah lest they wrongfully revile Allah through ignorance . Thus unto every nation have We made their deed seem fair . Then unto their Lord is their return , and He will tell them what they used to do .

[ Srh. Al-An'am : 108 ]
Buletin KarnaDya
Terkini
Ditulis oleh Administrator   
Tuesday, 29 September 2009
BUKU INSPIRASI
PETUA PENJIMATAN PETROL
-Faiz Al-Shahab & Shamsul Yunos-

Petua Penjimatan Petrol.jpg


Sinopsis:

Gembar-gembur yang berkaitan dengan harga bahan api petrol kebelakangan ini telah mencetuskan pengguna kereta untuk berfikir bagaimana untuk menjimatkan penggunaan bahan api petrol dengan cara yang paling sesuai di Malaysia.

Konsep buku ini adalah untuk mengajar pembacanya kaedah-kaedah penjimatan bahan api petrol dan diesel dengan kereta-kereta sedia ada. Buku ini merangkumi langkah-langkah dan petua yang praktikal yang membolehkan pembacanya menjimatkan kos di stesen minyak.

 

ANDA TAK PERLU RISAU
-Rohani Sheikh Omar-

Anda_Tak_Perlu_Risau.jpg


Sinopsis:

Dalam menangani kehidupan ini, kita perlu kenal siapa diri kita dan kenapa kita dicipta. Siapa kita sebenarnya? Bagaimana kita hendak menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba dan dugaan di dalam dunia yang terlalu banyak masalah sekarang. Masalah berkaitan dengan manusia dengan manusia dan manusia dengan pencipta yakni Allah SWT. Bagaimana semua ini perlu diseimbangkan?

Sebenarnya buku ini penting untuk mereka yang sentiasa berasa risau atau sengsara dalam melalui kehidupan yang mencabar sekarang. Ia juga sesuai dibaca di kala sendirian. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang mahu mencari erti sebuah kehidupan.

 

BUKU TERBARU
INI BUKU SERAM
-Resmanshah-

Ini_Buku_Seram.jpg

Sinopsis:

Kita sering mendengar atau membaca tentang kisah-kisah misteri dan seram di mana-mana buku atau majalah. Semua kisah-kisah itu memberikan kesan yang berbeza pada kita semua. Ada yang berasa takut, berasa terhibur, berasa insaf dan tidak kurang juga yang berasa kurang senang kerana tidak percaya akan kebenaran dan kewujudan cerita-cerita seram itu.

Namun pernahkah anda semua terfikir yang suatu hari nanti semua kisah-kisah seram itu bakal memberikan satu rasa yang berbeza sama sekali pada diri anda semua? Di dalam buku ini anda semua akan mengenali makhluk-makhluk dari kisah-kisah seram itu dari satu sudut yang berbeza dan dalam suasana yang berbeza.

Mengapakah begitu pula jadinya? Apa yang ada di dalam buku ini? Apakah yang seram tentang buku ini? Adakah buku ini lebih seram dari mana-mana buku seram yang pernah anda semua baca sebelum ini? Semua jawapan bagi persoalan-persoalan itu terkandung di dalam buku ini kerana yang pasti INI BUKU SERAM!!!

 

NOVEL PENDEK (NOPEN)
KASIH YANG TAK PASTI
-Izza Aripin-

Kasih Yang Tak Pasti.jpg

Sinopsis:

Kasih Yang Tak Pasti menghimpunkan sebanyak tujuh koleksi novel pendek (nopen) atau kisah-kisah menarik termasuk sambungan nopen Cinta Terakhir yang pernah dimuatkan dalam Biarlah Ku Sendiri. Ketahui kesudahan kisah cinta antara Kay dan Shah dalam Cinta Terakhir II. Turut dipaparkan ialah dua kisah fantasi dan sains fiksyen yang membawa pembaca mengembara ke dunia dan masa yang berbeza. Dalam Cendana Petualang Merah, anda dibawa mengembara ke alam selari yang mengamalkan hukum karma. Tiara Dayana pula memaparkan kisah penyiasatan dan perisikan pada masa hadapan. Ikuti pencarian Shazrynn dan rakan-rakannya dalam Kasih Yang Tak Pasti. Nopen tiga berangkai Cupido I, II, dan III menyingkap kisah empat watak yang akhirnya bersimpul dalam suasana yang tidak terduga.

 

NOVEL AWAL REMAJA
KELAB DETEKTIF: MISTERI JERITAN HANTU
-Nasron Sira Rahim-

Kelab_Detektif.jpg

Sinopsis:

Satu jeritan mengilai yang datang dari patung Jenglot yang dipamerkan di Muzium Darul Aman, mencetuskan kegemparan di kalangan penduduk Kedah terutamanya sekitar Alor Star.

Jeritan pada lewat malam itu menyebabkan pengawal keselamatan muzium berkenaan diserang penyakit misteri malah sering diigau mimpi kehadiran makhluk Jenglot untuk menyeksanya. Manakala, seorang pengunjung wanita yang melawat pameran mistik berkenaan pula histeria sebaik memandang makhluk kecil dengan wajah menakutkan itu.

Kejadian-kejadian aneh itu menarik minat Alif, remaja yang dipilih menjadi wartawan penyumbang bagi sebuah majalah kanak-kanak, untuk menyiasat seterusnya melaporkan misteri itu dalam majalah Cerdik Pintar. Bersama dua rakannya, Kamal si saintis muda; dan Syukri, atlit sekolah yang takutkan hantu; mereka cuba membongkar teka-teki membingungkan mengenai asal kewujudan makhluk Jenglot berkenaan.

 

BUDAK SALJI
-Alfi Mohd-

Budak_Salji.jpg


Sinopsis:

Penerimaan Izzat, Adib dan Ekhwan pada pelajar baru yang bertukar dari Terengganu ke Selangor itu telah diterima baik pada awalnya. Mereka mulai rapat sedikit demi sedikit. Namun, akibat rasa cemburu dan iri hati hanya pada satu perkara kecil, mereka mula memulaukan rakan baru mereka itu. Pelbagai aktiviti kurang baik mula dilakukan oleh Izzat dan Adib kepada Daniel walaupun ditegur oleh Ekhwan. Bukan itu sahaja, satu gelaran baru turut diberikan kepada Daniel semata-mata warna kulitnya yang berbeza sedikit berbanding pelajar lain.

Meskipun menerima gangguan yang tidak diundang, Daniel tetap sabar menjalani rutinnya sebagai pelajar. Ini kerana di belakangnya telah berdiri seorang penyokong yang kuat. Penyokong yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan untuk melawan kenakalan rakan-rakan sekelasnya. Siapakah penyokong yang berdiri di belakang Daniel ini? Mampukah Daniel bertahan dengan kenakalan Izzat dan Adib yang kadang-kadang mencabar tahap kesabarannya? Benarkah Daniel disangka lemah kerana tidak membalas kembali perbuatan nakal yang diterimanya? Segala-galanya akan terungkai bila mana anak jantan menunjukkan ketangkasannya.

 

TEROWONG DIGITAL: KAWAN
-Busu Najib-

TD3.jpg


Sinopsis:

Salman begitu teringin memiliki kod rahsia bagi memudahkan pengembaran dia dan kawan-kawan ke dunia digital. Dia berusaha memujuk Badrul agar memberikan kod rahsia tetapi gagal. Salman tidak berputus asa. Dia cuba mencari sumber yang lain.

Salman berkenalan dengan ramai kawan-kawan siber. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia berjumpa seorang kawan siber yang juga boleh membantunya mengembara ke dunia digital tanpa bantuan Badrul.

Memiliki ramai kawan adalah suatu yang baik untuk perkembangan diri dan sahsiah. Tahukah apa yang berlaku kepada Salman apabila mendapat kawan baru? Kenalilah siapa kawan-kawan Salman melalui Terowong Digital 3: Kawan.

 

NOVEL CHICK-LIT
 
AZAM TAHUN BARUKU
-Caren Lissner-

Azam_Tahun_Baruku.jpg

 

Sinopsis:

Kisah seorang gadis yang bijak, tetapi menghadapi kepayahan untuk menyesuaikan diri dalam dunia realiti.

Malangnya, memang tidak mudah bagi Carrie Pilby untuk menyesuaikan diri dan akhirnya dia lebih rela untuk berputus asa sahaja. Dalam masa setahun setelah meninggalkan kolejnya, gadis pintar yang berusia sembilan belas tahun itu, percaya bahawa manusia yang ditemuinya, semuanya tak bermoral, gila dan hipokrit. Hanya juruterapinya sahaja yang sesuai untuk dirinya meluahkan perasaan.

Apabila Carrie diaturkan cara-cara untuk membawa perubahan pada dirinya oleh juruterapinya itu, dia lebih suka sekiranya dibiarkan sahaja dirinya sendirian di dalam bilik! Namun, dia terpaksa juga mencari jalan untuk menghayati kehidupan dari pandangan yang berbeza.

Jom kita ikut Carrie dan lihatlah apa yang dia lihat dari sudut matanya ini. Sama-samalah kita kongsi rasa lucu dan pelik bagi gadis bijak ini.

 

NOVEL GRAFIK (NOMIK)
OH TIDAK!
-Ezzah Fatin / Aedes-

Oh_Tidak.jpg

 

Sinopsis:

Liyana memang selalu malang, kantoi dengan cikgu disiplin, tertumbuk ketua pengawas, dan yang paling teruk salah faham dengan seorang guru baru. Dia bukan pelajar nakal, dia cuma seorang pelajar perempuan biasa yang cuba lulus dengan cemerlang dalam SPM. Bagaimanakah Liyana mengatasi semua cabaran dalam hidup remajanya?

 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 27 October 2009 )
 
Kini Di Pasaran
Ditulis oleh Administrator   
Thursday, 27 August 2009
BUKU INSPIRASI
JOM HIDUPKAN ROH HAJI
-Aki Abdul Wahab-

Jom Hidupkan Roh Haji.jpg


Sinopsis:

Buku ini bersifat tahrid (motivasi dakwah) dari prespektif orang biasa seperti saya dengan pendekatan perkongsian pengalaman. Ia adalah sentuhan peribadi. Saya berharap agar buku ini dapat dijadikan sebagai satu introspeksi diri dan dapat meningkatkan kualiti haji mereka yang membacanya. Lantaran jika ‘markah’ yang saya perolehi semasa saya melaksanakan haji saya adalah 8 per 10, maka saya harapkan dari perkongsian penulisan ini dapat menghasilkan ‘markah’ yang lebih baik dari apa yang saya sendiri perolehi; mungkin 9 per 10 untuk bakal bakal haji. Saya doakan, InsyaAllah.

Asasnya buku ini adalah bersifat tarbiah (mendidik). Bacalah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang menerima…

‘Berfikir, Berzikir, Bersyukur, Bersabar’ 

 

NOVEL
DIMENSI CINTA
-Nora Fuad-

Dimensi Cinta.jpg

Sinopsis:

Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada Vila Cinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati dengan Nur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernama Nur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.

Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.

 

NOVEL AWAL REMAJA
GADIS-GADIS BADUT
-Dalila Sabri-

Gadis-gadis badut.jpg

Sinopsis:
Kisah tentang sekumpulan remaja yang mempunyai pelbagai ragam dan gelagat yang mencuit hati dan kadang-kadang memeningkan kepala. Azi dan Maz memang terkenal dengan kenakalan dan kedegilan masing-masing. Kecantikan adalah yang paling utama buat mereka dan sekaligus menjadikan mereka sangat serasi.
JA dan Jun pula mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Setiap hari ada sahaja cerita yang akan terjadi di antara keempat-empat pelajar ini. Gadis-gadis itu tidak pernah berdamai dengan Jun dan JA. Pelbagai kisah suka duka dan pengajaran yang dapat mengusik hati di dalam kisah gadis-gadis badut ini.
Sepanjang kisah ini, Azi dan Maz tidak serik-serik membuli tetapi disebabkan satu kejadian, kedua-dua gadis ini menjadi insaf. Di dalam pergolakan itu, tiba-tiba muncul seorang pelajar lelaki  baru yang membuatkan keadaan bertambah panas... Apakah yang terjadi dan bagaimana gadis-gadis badut itu telah insaf...
PUTERI AMANDA
-Nurul' Ain-

Puteri_Amanda.jpg


Sinopsis:

Ardina, Diran dan Danish merupakan anak remaja yang mempunyai kecacatan fizikal, di sekolah mereka sentiasa diuji dengan pelbagai karenah rakan-rakan yang tidak menyukai kehadiran mereka. Ketiga-tiga remaja yang pintar itu datang daripada keluarga yang berbeza dan tidak mengenali di antara satu sama lain.

Tiba-tiba ketiga-tiga mereka dianugerahkan setiap satu kelebihan yang tidak dapat diperoleh remaja lain yang sebaya dengan mereka. Pada suatu hari ketiga-tiga remaja tersebut tercampak di tempat yang berasingan di dalam satu benua yang sungguh asing. Mereka kemudiannya berhadapan pula dengan pari-pari bernama Erena, Elias dan Edora yang kelihatan comel dan melucukan. Ketiga-tiga pari itu membantu mereka melalui benua yang misteri itu.

Kata Puteri Dilla mereka bertiga mempunyai misi dan tanggungjawab, demi Puteri Amanda dan Dillesia. Siapakah Puteri Dilla dan apakah kaitannya dengan Puteri Amanda?, Apakah yang dimaksudkan dengan Dillesia?. Sama-samalah kita menerokai alam misteri bersama – sama Ardina, Diran dan Danish dalam merungkai satu misi dan tanggungjawab.

 

OPOCOT!
-Ikmal Suria-

Opocot.jpg


Sinopsis:

 

Nurdalila tidak mahu melatah lagi. Dia malu dengan rakan-rakannya namun dia tidak dapat mengawal dirinya daripada melatah. Latahnya tidak mengira tempat dan masa. Hisyam, rakan sekelasnya selalu melatahkan dia. Setiap kali melatah, Nurdalila pasti gagal mengawal tingkah lakunya. Dia pernah menampar pipi guru disiplin sekolahnya dan akibatnya, dia didenda oleh gurunya itu.

Nurdalila telah menyertai kajian sains di sebuah hutan bersama rakan sekelasnya. Hisyam juga turut sama menyertai rombongan itu. Dia bertambah gembira apabila Nurdalila telah diletakkan sekumpulan dengannya sepanjang kajian itu berlangsung, sehinggalah berlaku kejadian yang tidak dijangkakan oleh Hisyam. Akibat sifat latah Nurdalila, sesuatu telah berlaku. Apakah yang terjadi kepada Nurdalila dan Hisyam? Mampukah Nurdalila mengubah sikap latahnya?

 

NOVEL CHICK-LIT
 
DIVA KOTA
-Ariella Papa-

Diva_Kota.jpg

 

Sinopsis:

Umur Eve Vitali baru 23 tahun, tetapi  malangnya, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang betul-betul merunsingkannya. Kepalanya berserabut memikirkan keadaan hubungannya dengan kekasih, atau gaya hidup yang hebat seperti mana yang selalu dibacanya di bahagian ‘bergaya’ di New York Times, atau mungkin suatu keadaan yang boleh membuat dia jadi gila!

Sekalipun mampu bergaya dengan suit Jackie O., dia tidak berasa dihargai oleh mereka di tempat kerjanya… dia hanyalah pembantu dalam sebuah syarikat penerbitan majalah basikal! Semua orang berkata yang dia berada dalam keadaan yang terkawal, mampu berlaku ceria sentiasa. Apa saja yang diarah padanya, Eve akan berkata ‘okey’ saja. Seolah-olah tak ada masalah buatnya. Kerja yang remeh-temeh pun Eve sanggup buat. Dalam begitu, dia juga sibuk menghiburkan hatinya dengan Tabitha, seorang wanita yang sangat seksi. Mereka berparti dan berfoya-foya. Namun, semuanya membuat dia terasa tak terkawal.

 

AKU VS AKU
-Sarah M-

aku_vs_aku.jpg

 

Sinopsis:

Gabby Wolf dah pun buat keputusan! Dia akan tukarkan Phoenix (tempat yang aman tetapi tidak ghairah, juga di mana ada kekasihnya) dengan Manhattan (tempat yang akan memberi cabaran dalam kerjayanya). Tanpa disangka-sangkanya pula, Cam muncul dengan sebentuk cincin tunang yang bergerlapan! Mengucar-ngacirkan keputusannya untuk berpindah. Suami vs. kerjaya. Baju kahwin Vera Wang vs. baju seksi untuk berdating. Alangkah indahnya kalau dia tak perlu buat pilihan. Kalau boleh, dia hendak semuanya!

Tentulah dia tak percaya dia mampu untuk dapat semuanya.

Tiba-tiba sahaja hidupnya berubah seolah-olah ada dua dunia buat dirinya itu. Apabila dia terjatuh lena dalam salah satu dunianya, bila terbangun semula, dia sudah berada di dunia yang satu lagi. Apa lagi yang boleh dimahukannya? Kedua-duanya dia merasa. Betul, kan?
Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat untuk mengetahui apa akan terjadi kepada Gabby.

 

Terakhir dikemaskini ( Monday, 05 October 2009 )
 
Lifestyle - terbitan terbaru
Ditulis oleh Administrator   
Monday, 10 August 2009
Kali ini, KarnaDya membawa para pembaca ke dapur untuk mempelajari masakan-masakan yang enak dan sedap. Diperkenalkan terbitan terbaru 'Life Style KarnaDya'. Jangan lupa untuk mendapatkan buku resipi ini yang akan berada di pasaran.
logo_lifestyle.jpg

  MASAK SAMBIL MELANCONG

-Zulyda N.S-

masak_sambil_melancong.jpg

Buku Masak Sambil Melancong ini menghidangkan resipi pilihan dari empat negara di Asia yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Hidangan masakan di dalam buku ini berbeza daripada buku resipi biasa. Koleksi resipi ini mempunyai gambar masakan yang menarik memberikan keyakinan untuk anda mencuba. Di samping memaparkan resipi yang unik dan istimewa dari daerah yang berlainan di setiap negara, buku ini juga menceritakan tempat pelancongan yang indah dan bersejarah yang diperoleh dari pengalaman dan kenangan untuk dikongsi bersama. Ternyata buku Masak Sambil Melancong ini pilihan yang tepat untuk anda mencubanya.

 

HIDANGAN BAJET CARAKU
-Syazlera Aibie-

hidangan_bajet_caraku.jpg

Kalau nak ikut selera makan, memanglah nak yang sedap-sedap. Tapi, nak makan sedap-sedap, duit pun kenalah ‘sedap-sedap’ juga. Barulah kena dengan cita rasa.

Dalam ekonomi yang tengah tak stabil dan peluang kerjaya yang semakin mencabar, janganlah sampai selera makan kita pun tertutup. Biarpun terpaksa berdepan dengan bahan yang sama, tapi kalau pandai menggubahnya, memang akan bertambah selera makan.

Nikmati pelbagai hidangan dengan harga yang terendah mengikut kemampuan kita dan buat mereka yang ingin belajar memasak, buku ini memang sesuai untuk anda. Biar ringkas, asalkan sedap!

Terakhir dikemaskini ( Monday, 10 August 2009 )
 
Novel-novel Terbaru KarnaDya
Ditulis oleh Administrator   
Thursday, 23 July 2009
BUKU INSPIRASI
 
MENGAPA MASIH TERMENUNG?
-Anaz Amira-

mengapa_masih_termenung.jpg


Sinopsis:

Janakanlah motivasi diri untuk:

MENCAPAI IMPIAN hidup

- Menjadi insan yang unggul
- Berjaya dalam PELAJARAN
- Berjaya dalam dunia PEKERJAAN
- Menjadi USAHAWAN BERJAYA
- Mengecap impian KEWANGAN

Ingin MENINGKATKAN JUALAN syarikat saudara? PEKERJA saudara memerlukan motivasi!

Ingin ANAK-ANAK saudara RAJIN BELAJAR? Mereka memerlukan motivasi!

Ingin generasi REMAJA/BELIA kita lebih bersemangat? Harus ada motivasi!

Ingin menjadi PEMIMPIN yang efektif? Saudara perlu ada motivai diri yang tinggi!

Ingin menjadi KAUNSELOR yang berkesan? Perlu ada motivasi!

Penjana motivasi kini di tangan anda. Buku ini... penjana motivasi diri... penjana motivasi anda!

 

NOVEL AWAL REMAJA
 
SI BELANG
-Nazrie Haslieanie-

Si_Belang.jpg

Sinopsis:

Anis, minatnya pada ikan hanya mengundang amarah mamanya. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu mamanya amat menyayanginya. Papanya, Mak Cik Ayu dan teman-teman baiknya sentiasa menyokongnya. Peristiwa-peristiwa menarik menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Yang paling penting, tidak salah untuk minat dalam sesuatu perkara asalkan tahu batasannya serta tahu perkara yang diminati itu boleh memberi manfaat kepada diri. Dan... yang paling penting, minat perlu berdasarkan ilmu pengetahuan yang berguna, barulah minat akan menjadi impian dan impian membuahkan kejayaan.

 

BUDAK GENIUS: ROMZI VS MAMAT
-MN Hafizi-

Budak_Genius.jpg


Sinopsis:

Bermula dengan masalah remeh, Romzi akhirnya terjebak dalam siri ‘peperangan’ di Kolej Aksara, Universiti Teknologi Pertama. Daripada masalah komputer itu, dia mulai mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh pelajar lain sebelum ini. Rakan sebiliknya Ali, pelajar berpengaruh Mamat, serta pelajar-pelajar lain juga akhirnya terjebak dalam ‘Perang Siber’ yang kian menular. Apa pula berita paling hangat pada abad ke-21 dan kesudahan ‘lakonan’ tiga watak utama dalam cerita ini? Dapatkan novel ini untuk kesudahannya.

 

DOL LEMAN: MISTERI DALAM GELAP
-Mersik Romoyu-

Dol Leman 5.jpg


Sinopsis:

Hujan lebat diselang-seli dengan ribut petir yang melanda di kampung Parit Sangap pada suatu malam menyebabkan seluruh kampung itu bergelap. Ianya berterusan hingga beberapa hari. Semua penduduk menjadi resah gelisah, begitu juga dengan Pak Dolloh selaku ketua kampung yang turut berasa risau kerana perasmian dewan baru Parit Sangap hanya tinggal beberapa hari lagi.

Sebelum itu, Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan baru itu terkejut apabila diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris-nyaris mengalami kemalangan.

Sekolah yang mana Dol, Suppa dan Ku Chai belajar pula heboh dengan kes kecurian di tapak pembinaan yang berhampiran. Manakala Wak Ketot nampaknya tidak senang duduk apabila suatu benda di hadapan rumahnya turut hilang.

Perkara-perkara misteri yang tidak diketahui punca ini menyebabkan Dol dan rakan-rakannya terpaksa melakukan sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan hingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.

Dapatkah Dol dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap?

 

NOVEL CHICK-LIT
 
AH... KELIRUNYA!
-Wendy Markham-

ah_kelirunya.jpg

 

Sinopsis:

Sebuah kisah dua jejaka… dan seorang yang terlepas.

Suatu ketika dahulu, ada seorang  gadis bernama Beau yang begitu keliru. Dia tidak tahu sama ada dia patut memilih buah hati zaman persekolahannya, atau jejaka kacak yang ditemuinya ketika berada di lapangan terbang. Akhirnya, dia mengahwini salah seorang daripada mereka. Yang satu lagi, terpaksa sahaja dia tolak ke tepi (tapi betul ke dia dah lupa ni?).

Yang mana satukah agaknya yang menjadi pilihannya? Yang pasti, dia mula keliru semula selepas beberapa tahun telah berlalu. Yang satu menjadi teman hidupnya, tetapi yang satu lagi tetap menghantui fikirannya. Tiba-tiba sahaja, jejaka yang ditinggal dulu, mula menghubunginya semula dan Beau teruja… kini menjadi keliru sekali lagi. Ikutilah kisah yang mengelirukan ini...

RUMAHKU, SYURGAKU?
-Wendy Markham-

rumahku_syurgaku.jpg

 

Sinopsis:

Selepas dua tahun setengah lamanya berada di kota New York, perasaan teruja yang ada di hati Tracey mula terkikis. Malah kini, ia cukup membosankan! Memanglah gajinya agak lumayan bekerja di Blaire Barnett Advertising, tetapi hidupnya bagaikan tak bermaya lagi. Sekiranya dia sempat pulang ke rumah sebelum jam sembilan malam pun, biasanya teman baik suaminya Jack semestinya juga ada di apartmen kecil mereka. Memang membosankan! Semuanya menyakitkan hatinya dan kerana itu juga Tracey rasa sudah sampai masanya untuk beralih angin.

Sebaik sahaja meletak jawatannya, Tracey dan Jack berpindah ke kawasan luar kota. Malangnya, apa yang berlaku selepas itu tidak seenak yang diidamkan.  Tracey mula merindui kawan-kawannya. Malah… dia merindui kerjanya!

Jadi, apa sebenarnya yang dia inginkan? Selain daripada menjadi isteri Jack, siapakah dirinya yang sebenar? Mungkinkah ada jalan singkat untuk mencapai apa yang diinginkan itu?

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 29 July 2009 )
 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 6 - 10 terhadap 96
kids_on_2.jpg
Kalendar KarnaDya
February 2010 March 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4 5 6
Week 6 7 8 9 10 11 12 13
Week 7 14 15 16 17 18 19 20
Week 8 21 22 23 24 25 26 27
Week 9 28
Sembang KarnaDya


You must be a registered user to shout!
Get your account here!
Copyrights KarnaDya Solutions
Best Viewed Using Mozilla Firefox